
Assalamualaikum dan Hi.
Kulit bag anda mengelupas walaupun tidak digunakan? And kadang-kadang naik kulat? Admin harap anda baca article ini sampai habis sebab admin nak share tips penjagaan kulit bag anda.
Tapi sebelum admin masuk ke point-point itu, anda kena tahu, ada 2 jenis kulit yang biasa digunakan untuk pembuatan bag-bag berjenama di luar sana walaupun cara penjagaannya adalah sama.
- Artificial leather (Polyurethane Leather atau PU Leather)
- Real leather (Kulit asli daripada lembu, kangaroo dan banyak lagi)
Now, masa untuk tips penjagaan bag kulit kita. Jom!
1. Cleaning
Yes, bag anda juga kena selalu dicuci untuk memastikan bag itu selalu bersih dan semua kekotoran yang ada disitu tidak akan mengakibatkan kerosakan kepada kulit. Dengan mengunakan leather cleaner, permukaan kulit itu seeloknya disapu mengunakan kapas ataupun kain microfiber. Kekerapan untuk mencuci adalah sekali dalam seminggu. Jika tidak berkesempatan, sekali dalam sebulan juga memadai. Ada pula orang yang memang menjaga bag-bag mereka dengan sangat baik akan menghantar bag-bag ini ke Bag Spa. pada zaman sekarang, terdapat banyak leather cleaner di pasaran tetapi perlu berhati-hati untuk memastikan yang leather cleaner yang kita beli itu bersesuaian dengan bag kita. Ada pula brand-brand seperti Coach ada membuat leather cleaner mereka sendiri, yang ini sangat recommended jika kita ingin cuci untuk bag brand itu sendiri.
Harga untuk Coach Leather Cleaner ini boleh mencecah hingga Rm80+-, tetapi ada juga option yang lain, yang lagi murah iaitu Amway Leather Cleaner. Harga untuk Amway ini agak murah dan mudah untuk didapati di Shopee atau Lazada iaitu dalam Rm30+-.
2. Moisturising
Step selepas pencucian adalah pelembapan atau moisturising mengunakan leather moisturisizer. Perkara ini bertujuan untuk menjadikan kulit tahan lebih lama dan akan sentiasa kelihatan berkilat dan nampak baru di mata kita. Sama dengan cleaning, moisturising perlu mengunakan kain yang lembut seperti kain microfiber.
Untuk harga pula, Coach Leather Moisturizer ini berharga Rm80+-. Tetapi, Amway tiada mengeluarkan moisturizer seperti cleaner yang mereka keluarkan. Jangan risau, kerana jika anda buat step yang pertama, itu pun sebenrnya sudah mencukupi dalam tips penjagaan bag kulit anda.
3. Keeping
Jika anda ingin bag kulit anda tahan lebih lama, simpan ia di dalam dustbag yang bersih dan kering. Satu trick yang nampak remeh tetapi berkesan adalah dengan memastikan di dalam bag dan dustbag anda ada silicone gel. Ini akan memerangkap segala kelembapan yang ada dan yang akan hadir.
Hal ini membuktikan yang kita juga tidak boleh simpan bag-bag kita di dalam plastik tanpa silicone gel, kerana dengan sedikit haba, kelembapan boleh wujud dan akan menyebabkan bag rosak, mengelupas dan berkulat.
Anda juga tidak boleh terlalu mendedahkan bag-bag kita terlalu lama di bawah sinaran matahari tanpa pengunaan kerana perkara ini akan mengakibatkan warna bag luntur dan struktur kulit bag akan terlalu kering dan menyebabkan ia akan mudah merekah dan mengelupas.
Cukup untuk kali ini tips penjagaan bag kulit anda daripada Onikym. Suka admin ingatkan yang tips admin share hari ini tidaklah bermaksud bag kulit anda akan bertahan sampai bila-bila (invisible) tetapi apa yang kita iktiharkan ini hanyalah untuk memanjangkan jangka hayat bag kulit anda tersebut supaya boleh bertahan lebih lama dan dapat digunakan untuk tempoh masa yang lebih lama, insyaAllah. In the end of the day, tiada apa yang kekal selama-lamanya di dunia ini.
Admin berharap anda yang membaca sehingga habis dapat something daripada article ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum