
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini admin nak bercerita tentang 3 fakta menarik mengenai 'Onikym'.
1. Permulaan Onikym
Sebenarnya Onikym adalah nama jenama kami yang telah dibrand semula daripada 'states2msia' yang ditubuhkan pada tahun 2014. Pada ketika itu, Hidayah (founder) berazam untuk membawa ibu melawat ke USA sebelum beliau grad dari Pennsylvania State University.
Permulaan Onikym adalah 'States2msia'
2. Tempahan dari keluarga dan rakan-rakan
Berasal dari keluarga yang susah dan merupakan anak yatim sejak berumur 15 tahun, founder Onikym merasakan bahawa harga barangan original di outlet USA sangat berbaloi berbanding harga di Malaysia. Hidayah cuba bertanya keluarga terdekat dan rakan-rakan dan tanpa disangka-sangka, sangat banyak permintaan pra tempahan dari mereka. Kebanyakannya menempah handbag, jam dan kasut jenama USA seperti Coach, Fossil, Kate Spade dan Michael Kors. Sejak itulah, tanpa modal, Hidayah membuka preorder dan rolling semula keuntungan untuk dijadikan modal dan juga saving. Kawan-kawan dan keluarga turut memperkenalkan 'states2msia' kepada kenalan mereka. Syukur, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, akhirnya impian untuk membawa ibu ke USA tercapai pada May 2015.
Antara saat yang akan diiganti dan bermakna dalam perjalanan hidup seorang anak apabila berjaya membawa ibu tercinta melawat negara yang sering ditonton hanya di kaca tv
Setelah Hidayah grad pada Disember 2015, beliau pulang ke Malaysia dan meneruskan perniagaan perkhidmatan 'states2msia' dan permintaan semakin meningkat dari hari ke hari. Hidayah nekad untuk terus membantu lebih ramai orang memiliki barangan berjenama USA yang original pada harga mampu milik dan berjimat ratusan ringgit.
3. Kenapa 'Onikym'?
Perkataan Onikym adalah gabungan daripada 2 perkataan iaitu 'Auni' dan 'Hakimi'.
ONI : Auni merupakan anak sulung founder
KYM : Aliff Hakimi merupakan adik bongsu founder
#aliffhakimibigboss ialah anak istimewa kerana dia adalah 'Down Syndrome Baby', sebab itu dia mendapat tempat yg sangat istimewa di hati kami. #nuraunibigboss lahir pada 18/10/2017 dan Hakimi pula lahir pada 29/4/2014 dan keduanya mempunyai significant kepada rebranding of states2msia.
Sekian sahaja utk kali ini, nnt admin celoteh lagi. Peace!