2020, Covid-19 mula melanda Malaysia. Sentuhan fizikal sangat tidak digalakkan lebih-lebih lagi dengan sesiapa yang kita tidak kenali. Justeru itu, E-wallet menjadi pilihan utama penguna-penguna di Malaysia berbanding dengan tunai. Tetapi, Grabpay telah melakukan sesuatu yang tidak ada pada E-wallet yang lain. Di sini, Grab mengambil inisiatif yg sangat positif untuk memperkenalkan 2 perkhidmatan baru di bawah Grab app.
Ya, anda dengar dengan betul. Grab app yg ada di setiap smartphones di Malaysia telah menawarkan Paylater by Grab yg merangkumi 2 cara pembayaran yg baru. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja. Memperkenalkan
- Paylater Postpaid
- Paylater Instalments
Paylater Postpaid
Cara mudah untuk memahami Paylater Postpaid ini adalah penguna boleh
'Beli sekarang, bayar pada bulan hadapan'
Sebagai contoh, pada waktu article ini ditulis, 30/8/2021, penguna boleh membeli di website kami dan ambil Paylater Postpaid sebagai pembayaran yang diinginkan tanpa perlu membayar apa-apa sebaliknya Grab akan menolak jumlah pembayaran pada bulan hadapan sewaktu gaji bulan Sept masuk. Sesuatu yang baru pada Grab yang tiada pada E-wallet yang lain.
Paylater Instalments
Seperti yang ada tertulis di tajuk scheme pembayaran ini, instalments sangat terkenal di kalangan penguna-penguna e-commerce di Malaysia. Harga yang anda lihat di ruangan 'checkout' dibahagi kepada 4 bulan.
Ya, anda baca dengan betul. Tidak seperti payment gateway yg lain yang hanya menawarkan sehingga 3 bulan, Grab menawarkan sehingga 4 bulan instalments. Ini adalah sesuatu yang berbeza daripada payment gateway yang lain.
Kesimpulan
Grab telah berjaya menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain daripada E-wallet atau payment gateway lain yang terdapat di Malaysia tetapi ianya tidak lain tidak bukan hanya untuk memudahkan rakyat Malaysia sendiri. Ini kerana, tidak kira scheme pembayaran yang mana pun anda pilih, Onikym akan tetap pos barang anda dalam masa 1-3 hari bekerja, melainkan barang yang anda beli itu adalah pre-order atau pun instalments untuk kontena.
Dan pada waktu pandemik sekarang, tidak salah kalau saya katakan yang scheme pembayaran oleh Grab ini akan sedikit sebanyak membantu penguna untuk berjimat tanpa perlu menghilangkan 100% keinginan untuk reward diri kita sendiri.